LIKE US!

My AID Pagoh, Johor


Program My AID Pagoh telah diadakan pada 25-27 Januari 2013 di Pagoh, Johor melibatkan ahli-ahli Kelab UMNO Luar Negara daripada New Zealand, Australia, Korea, United Kingdom, Indonesia dan Jepun. “Giving back to the community”. Atas dasar itu, Kelab UMNO Luar Negara merasakan telah tiba masanya untuk kita memberikan apa yang termampu kepada masyarakat setelah diberikan peluang dengan menerima tajaan untuk belajar di luar negara. Program My Aid Pagoh 2013 diadakan atas usahasama Kelab UMNO Luar Negara Australia dan New Zealand dan dibuka kepada semua pelajar Malaysia di kedua-dua buah negara tersebut yang pulang ke tanah air untuk cuti musim panas seterusnya memberi peluang kepada mereka menjadi sukarelawan bagi membantu penduduk kampung di Pagoh, Johor. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program My AID termasuklah aktiviti-aktiviti bersama penduduk Paguh berunsurkan pendidikan, kesihatan, sukan dan rekriasi.  Pelbagai pengalaman manis diperoleh dalam kalangan sukarelawan daripada program ini. Program Änak Angkat""memberi peluang kepada setiap sukarelawan untuk mengembangkan hubungan sesama pelajar luar negara di samping mendapat keluarga angkat baru di Pagoh. Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan adalah untuk membantu penduduk Pagoh seperti program pendidikan untuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Panjang Sari yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan program kesihatan yang dijalankan oleh sukarelawan daripada Kelab UMNO Luar Negara di Indonesia dengan memberi bantuan "medical check-up"secara percuma dan juga pergi dari rumah ke rumah untuk memberi bantuan tersebut. Pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini membuahkan pelbagai hasil dalam kalangan sukarelawan seperti kenangan manis bersama keluarga angkat dan pengalaman hidup di kampung, pertama kali menaiki motorsikal dan sebagai nya. 

JAWATANKUASA EKSEKUTIF



PENAUNG
Y.A.B. TAN SRI. DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ahli Parlimen Pagoh


PENASIHAT
DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara
Menteri Belia dan Sukan

YBHG DATUK HAJI SHARIFF BIN HAMID
Setiausaha Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara


FELO PENASIHAT
JAZIRI ALKAF SUFFIAN
Pengasas UMNO Auckland
Mantan Pengerusi Kelab UMNO Auckland (2006-2007)

Dr. NIK AZLI NIK ARIFFIN
Mantan Pengerusi Kelab UMNO Yogyakarta (2006-2007)
Mantan Pengerusi BPN Indonesia (2006-2007)


PENGARAH
NOOR LIYANA NOUXMAN
Pengerusi Kelab UMNO Auckland (2011/2012)
Timbalan Pengerusi BPN New Zealand (2012/2013)


TIMBALAN PENGARAH
FATIN SAJEEDA
Pengerusi Kelab UMNO Brisbane (2012/2013)


SETIAUSAHA
AFIQ RAZIN ONG
Timbalan Pengerusi UMNO Christchurch (2012-2013)


BENDAHARI
KAMARUL HELMI KAMARUDIN
Pengerusi Kelab UMNO Wellington (2012/2013)


























Visit us on Facebook page : My Aid Pagoh 2013

Disediakan oleh,

Kamarul Helmi Kamarudin
Pengerusi Wellington UMNO Club (Kelab UMNO Wellington)



AGM 2012

Annual General Meeting 2012

Mesyuarat tahunan ini diadakan sebagai penutup aktiviti dijalankan kelab sepanjang 2012 dan bagi menyampaikan sijil kepada ahli-ahli aktif sepanjang tahun berdasarkan jumlah penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti menerusi sistem mengumpul cop. Selain itu, ianya turut diadakan bagi melantik barisan peneraju kelab untuk sesi 2012/2013 secara rasmi. Upacara ini telah diadakan di Student Union Building, Kelburn Campus VUW pada hari Sabtu, 20 Oktober 2012, bermula pukul 8.00 malam dan berakhir 10.30  malam.

Ahli-ahli Wellington Umno Club

Ahli-ahli Wellington Umno Club & Maslina Mohd Akhir, Presiden WMSO 2012/13


Ahli-ahli Wellington Umno Club, (dari hadapan) Fatin Rye Hanna, Mimi Aziz & Siti Nuraishah. 
Berakhirnya tahun akademik 2012 menandakan berakhirlah tampuk kepimpinan saudara Muhammad Fitri bin Ahmad dan rakan-rakan. Setelah bertungkus-lumus menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat ahli selain memupuk semangat kesatuan antara pelajar Malaysia di bumi Wellington ini, Kelab UMNO Wellington sesi 2011/2012 berasa berbesar hati kerana telah dapat berkhidmat sekali lagi untuk kebajikan para pelajar Malaysia di sini.

Mantan Presiden WUC 2011/12, saudara Muhammad Fitri bin Ahmad

Patah tumbuh hilang berganti, Annual General Meeting telah diadakan pada 20 Oktober 2012 yang lepas. Bermula pada pukul 8.30 malam, majlis ini turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat iaitu Ustaz Mohd Erfino bin Johari, Pengarah EMNZ; Puan Salmah Kassim, Education Attache, EMNZ; dan Puan Noor Azlin binti Adnan, pegawai JPA di New Zealand. Dimulakan dengan bacaan doa, majlis yang dipengerusikan oleh saudari Salehana ini didahulukan dengan upacara penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan boling yang diadakan baru-baru ini di Bolarama, Newtown.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengenalan ahli jawatankuasa kelab sesi 2011/2012. Selepas itu, saudara Muhammad Fitri telah dijemput untuk membentangkan laporan kelab bagi aktivit-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012 diikuti dengan pembentangan laporan kewangan kelab oleh saudari Nurul Nadia Mohd Azmir, bendahari WUC serta sedikit video ringkas memori indah ahli WUC sepanjang tahun ini yang telah dikompilasikan oleh saudari Nurul Fasihah selaku Exco Media dan Hebahan.

Kemudian, majlis telah menjemput para tetamu kehormat untuk menyampaikan sijil kepada penerima anugerah Emas, Perak dan Gangsa, yakni mereka yang telah menjadi ahli aktif sepanjang tahun ini menerusi penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti yang telah dikenalpasti menerusi sistem mengumpul cop, yang mana baru diperkenalkan awal tahun ini untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara anjuran kelab. Penerima anugerah Gangsa adalah mereka yang telah menyertai 5 hingga 7 aktiviti, sementara perak (8-9 aktiviti) dan Emas (lebih dari 10 aktiviti). Penerima anugerah ini menerima sijil yang ditandatangani Perdana Menteri kita sendiri dan pelbagai cenderamata UMNO sebagai penghargaan. Di antara menerima anugerah Emas, Perak dan Gangsa;

Saudara Aizat Zulhilmi Yusup,

Saudari Hazemyn Roslan,

Saudari Suraya Saderi,

Saudara Muhammad Arif Idrus,

Saudari Kirandeep Kaor,

Saudara Muhammad Asfan Nazilah.


Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil kepada ahli jawatankuasa kelab sesi 2011/12. Majlis kemudiannya diambil alih saudara Muhammad Fitri dan Nurul Najihah bagi mengumumkan barisan kepimpinan WUC sesi 2012/2013. Berikut adalah 5 ahli jawatankuasa tertinggi kelab yang telah dilantik:


                                Presiden                              : Kamarul Helmi bin Kamarudin
                                Naib Presiden                     : Nor Nazneem binti Inche Kamarudin
                                Setiausaha                          : Salehana binti Sallehin
                                Bendahari                            : Nurafeefa binti Bungsu
                                Ketua Penerangan             : Mohamad Ali bin Affandi

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dilantik dan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada barisan kepimpinan 2011/12 yang telah menjalankan tugas masing-masing dengan berjaya selain menjadi pelajar dalam pada masa yang sama. Presiden dan Naib Presiden sesi 2012/13 telah dipanggil bagi menyampaikan sedikit ucapan sepatah dua kata usai pengumuman tersebut. Sebelum mengakhiri majlis, satu sesi soal jawab telah dijalankan bagi menyelesaikan segala masalah agar buku baru dapat dibuka sebelum memulakan sesi 2012/13.

Sekitar jam 10.30 malam, hadirin telah dijamu dengan nasi kerabu hasil tangan chef terkenal Wellington, tidak lain tidak bukan- saudari Nurul Najihah. Selesai makan, majlis pun bersurai.


Disediakan oleh,

Salehana Sallehin
Setiausaha WUC 2012/13

FAREWELL DINNER 2012

FAREWELL DINNER 2012


Kamarul Helmi, PresidenWUC 2012/13 menyampaikan penghargaan kepada
Addy Fitri, mantan Presiden WUC 2011/12

Majlis makan malam kecil-kecilan ini telah diadakan di Portofino Restaurant pada 7 November 2012. Makan malam ini adalah untuk menghargai ahli jawatankuasa yang telah berkhidmat bersama WUC sepanjang sesi 2011/12 disamping menjadi wadah pertemuan terakhir antara ahli jawatankuasa sebelum berangkat pulang ke Malaysia untuk bercuti dan yang telah tamat tempoh pembelajaran di Victoria University of Wellington. 

Bermula dari pukul 8 malam, rata-rata tetamu mula hadir sedikit demi sedikit memandangkan waktu Maghrib masuk lewat. Sekitar jam 9 malam, makan malam bermula selepas pelayan selesai mengambil pesanan. Kamarul Helmi memulakan majlis dengan ucapan ringkas dan diikuti penyampaian sedikit cenderamata kepada mantan ahli jawatankuasa yang akan pulang kerana telah tamat belajar. Majlis diteruskan dengan para tetamu bertukar-tukar kad, mengambil gambar sebagai kenang-kenangan dan bercerita tentang satu sama lain sementara menunggu makanan disajikan. Upacara tamat sekitar 10.00 malam dan diakhiri dengan mengambil gambar kenangan akhir bersama-sama di hadapan restoran.

Ahli jawatankuasa diberi penghargaan atas penglibatan mereka dalam menjalankan tugas secara sukarela sepanjang tahun 2012 selain memberi kenangan akhir kepada pelajar tahun akhir yang akan pulang tidak lama lagi.


Ahli jawatankuasa WUC sesi 2011/12 & 2012/13 
Kami, ahli jawatankuasa sesi 2012/13 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sesi 2011/12 atas usaha yang telah diberikan untuk WUC selama tempoh bertugas dan kami akan berusaha dengan kemampuan kami untuk meneraju kejayan WUC untuk sesi 2012/13. Kami mendoakan kejayan dan kesejahteraan anda.

Disediakan oleh,

Salehana Sallehin
Setiausaha WUC 2012/13


Majlis Resepsi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand


Majlis Resepsi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand


TYT Rosmidah binti Zahid bersama pimpinan pelajar
dan Pengerusi Kelab UMNO Wellington.

Pada 18 Julai 2012 , telah berlangsung satu majlis resepsi untuk menerima kedatangan Tuan Yang Terutama (TYT) Rosmidah binti Zahid, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand yang baru. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Wellington. Selain dari ‘home-based staff’, para pepimpin persatuan pelajar dan persatuan Malaysia di Wellington, New Zealand turut dijemput untuk menghadiri majlis resepsi ini. Majlis yang dijalankan secara sederhana dan santai ini memberi peluang untuk semua kakitangan dan pemimpin persatuan Malaysia di Wellington untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat akan TYT Rosmidah binti Zahid. Beliau telah menggantikan TYT Dato’ Mazlan bin Mohammad yang telahpun berpindah dan menjadi Wakil Tetap Malaysia ke United Nation di Geneva.

Warga Kelab UMNO Welington ingin mengalu-alukan kedatangan TYT Rosmidah binti Zahid dan mengharapkan agar hubungan yang lebih erat akan terjalin antara semua warga Malaysia di New Zealand dan pihak Suruhanjaya Tinggi di sini.
Sekian , wasssalam.


Laporan disediakan oleh,
Addy Ahmad                                                                                                                                              Pengerusi Kelab UMNO Wellington.

Aktiviti WUC Bermain Paintball!


Pada 14 Julai yang lepas, Exco Sukan dan Kebudayaan WUC telah menganjurkan WUC Paintball. Aktiviti tersebut dijalankan di Thunderball Adventure Games, Manor Park, Lower Hutt.  Faiznur Norman dan Nor Nazneem selaku ahli exco telah mengetuai aktiviti ini.


Pada pukul 8.30 pagi, seramai 20 orang ahli WUC berkumpul di Wellington Railway Station. Tepat jam 9.05 pagi, kami memulakan perjalanan selama 40 minit ke Manor Park. Perjalanan pergi dan balik telah ditaja sepenuhnya oleh WUC. Thanks a million WUC! ;)

Setibanya kami di hadapan pintu masuk Thunderball Adventure Games. Wajib bergambar dulu! =)

Semua ahli WUC yang terlibat dalam aktiviti ini memberi respon yang sangat positif walaupun sudah kepenatan bermain paintball selama tiga jam! Objektif aktiviti ini iaitu memupuk semangat kesukanan dan nilai kerjasama antara ahli kelab terbukti tercapai. Melalui aktiviti ini juga,selain dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan, ahli kelab dapat juga sedikit-sebanyak mengisi masa cuti semester yang tinggal dengan aktiviti yang sangat bermanfaat ini.





Untuk lebih gambar-gambar sepanjang aktiviti ini bolehlah melawati laman page facebook kami di FB page Kelab UMNO Wellington (WUC)

Nantikan aktiviti WUC seterusnya, mungkinkan bowling, menaiki bot atau berkayak?? Tungguuuuuu.... =D

Laporan disediakan oleh,

Siti Faiznur Norman,
Ketua Exco Sukan, Kebudayaan dan Sosial WUC




 
Wellington UMNO Club © 2012 | REVAMPED by ABANG PANDA, EXCLUSIVELY FOR WELLINGTON UMNO CLUB